Seronoknya dapat terus menulis lagi. Alhamdulillah, Gegana dah pun pulang dengan sihat dan selamatnya. Post kali ni dedikasi untuk teman2 yang dah lama mengikuti blog Gegana. Gegana baru aje dapat tahu, rupanya Gegana ada pengikut blog yang setia. I’m really flattered! Tak sangka blog yang skema pun boleh ada peminat. Hahahhahh… Maka dengan itu, bersedialah untuk membaca post yang panjang berjela2 ya… I’m in manic state ni… (^_^)v
Post kali ini kesinambungan daripada entry bertajuk ‘Dari Jeddah ke KLIA’ yang Gegana tulis pada 4 Mei 2006.
5 November baru2 ni Gegana sekali lagi dikurniakan rezeki untuk bergerak dari KLIA ke Jeddah dengan pesawat MH….. (alamak, tak ingat…). Perjalanan yang panjang dan tenang menyebabkan Gegana tiba2 teringat persoalan yang pernah suatu ketika dulu bermain dalam fikiran. Jadi, Gegana pun tulis lah mesej untuk kapten kapalterbang tu melalui pramugari yang cantik manis bercelana panjang dan bertudung biru tua. Here’s my exact message:
Salam kapten!
Saya cuma nak tanya, macam mana cara kapten tentukan waktu Subuh sewaktu didalam pesawat? Adakah menghadapi sebarang masalah memandangkan kita merentasi garis2 waktu. Adakah fajar boleh kelihatan dari tingkap pesawat?
Terima kasih…..
-*****7C-
Tiba2 pramugari tu panggil Gegana pergi belakang. Dia kata kapten nak jumpa. Berdebarlah jugak. I was expecting a written reply, bukan temubual.
Kapten tu comel orangnya. Berkopiah dan berselipar. Macam rupa orang on-call. Macam rupa ustaz2 pun ada. Memang buat kapalterbang macam rumah sendiri. Kata pramugari tu, nama dia Kapten Mustapha Kamal.
Dia tanya balik kat Gegana, ‘Memang minat dengan hal2 macam ni ke?’ Gegana jawab, ‘Tak juga. Cuma rasa nak tahu.’
Dia pun terus bercerita. Sebenarnya ada 3 cara tentukan waktu fajar. Pertama, cara malas. Lihat saja garis putih dihadapan - itu lah fajar. Adakala akan kelihatan terbit satu bintang di Timur sebelum fajar (sebelum garis putih kelihatan). Gegana tanya dia, bintang di Timur tu, bintang yang 3 sederet tu ke? Dia kata bukan. Bintang tu ada satu je. Hmm… Jangan tanya Gegana garisan tu pulak nampak macam mana. Sebabnya, Gegana ada juga cuba tengok ke luar tingkap waktu perjalanan pulang ke KLIA. Tapi tak nampak pulak ada garis putih. Langit nampak hitam pekat je. By the way, your eyes will not see what your mind doesn’t know.
Cara kedua, berdasarkan lokasi kapal terbang. Gunakan latitud dan longitud kedudukan kapalterbang antara 2 negara yang dilalui dan kemudian agak2 waktu Subuh berdasarkan waktu Subuh 2 negara tu.
Cara ketiga, gunakan logbook yang telah dibangunkan oleh seorang pilot juga. Prinsipnya lebih kurang kaedah kedua, gunakan latitud dan longitud kedudukan kapalterbang juga, kemudian ada sikit perkiraan matematik.
Kata kapten lagi, kaedah ketiga paling tepat, tapi paling susah dan tetap juga tidak 100% accurate.
Gegana seronok dengan jawapan kapten. Terima kasih kapten! (Macam lah kapten tu baca blog Gegana…muahhhahhh…)
Dalam perjalanan pulang ke KLIA, ada seorang jemaah bertanya pada Gegana, ‘Kita bertolak waktu tengah malam. Subuh lambat lagi. Tapi, kita sampai pukul 2.30 petang kan? Waktu Zuhur. Jadi, kita tiada waktu Subuh?’
‘Bukan macam tu….’, jawab Gegana. ‘Waktu tu tetap ada. Takkan lah waktu tu hilang macam tu aje. Waktu bukannya macam blok2 digital yang melompat2. Bukannya di sini malam, tapi sebaik melintasi garisan ini maka sianglah… Bukan…. Jarak antara 2 titik waktu tu terlalu rapat hingga ia menjadi satu jaluran analog. Kita tetap terus melalui lengkungan waktu. Tirai malam disingkap dengan waktu Subuh, kemudian baru lah siang - secara cepat atau perlahan2. Cuma, ia akan jadi singkat sebab kita sedang merentasinya. Dalam pesawat yang bergerak dari barat ke timur, mungkin Subuh kita cuma 15 - 20 minit aje.’ (Bunyi macam berbunga2 ke? Mungkin Gegana overacting sikit kut untuk written version nih… Masa bercakap tu, rasa macam short and sweet aje pulak. Hmm….)
Semalam Gegana terfikir, ilmu ni relevan untuk perjalanan yang sederhana jauh. Masalah selesai. Lihat fajar untuk waktu subuh, dan jamak qasar bagi waktu2 lain. Tapi macam mana pulak dengan perjalanan yang sangat2 jauh? Bagaimana nak tentukan waktu Zuhur/Asar? (Maghrib/Isya’ tentu sahaja dapat diselesaikan dengan cara bersolat jamak ta’khir apabila langit telah gelap pekat.)
Maka dengan itu, sebelum tulis post ni tadi, Gegana search ‘determine prayer time on the plane’. Rupanya, ada orang dah tulis paper pasal isu ni. Thank you brothers. Zaman dulu2 tak tahulah kenapa Gegana tak terfikir nak buat camni. Muahhahhhh…. Gegana copy and paste kat hujung lah eh… Kalau nak lebih tahu, sila lah search/google…
|
In-Flight Prayer Times and Qiblat Direction - A Preliminary Study
Awang Md Isa, A. Zakaria, Z. Mohd Johar, F. Othman, A.F. Fac. of Electron. & Comput. Eng., Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia, Melaka;
This paper appears in: RF and Microwave Conference, 2006. RFM 2006. International
Publication Date: 12-14 Sept. 2006
On page(s): 111-115
Location: Putra Jaya,
ISBN: 0-7803-9744-4
INSPEC Accession Number: 9483848
Digital Object Identifier: 10.1109/RFM.2006.331049
Current Version Published: 2007-03-19
|
|
|
|
|
|
|
|
Abstract
Muslims need to obey their obligation to perform Solat (Muslims’ prayer) regardless of where they are: on the ground or in-flight. Muslims traveling abroad on airplanes (which usually takes hour’s journey) are still required to perform prayers, even though they may encounter difficulties to do so. In fact, it is extremely difficult to determine prayer times and Qiblat direction (direction to Ka’bah in Mecca while performing prayers) during a flight, due to the high velocity of the airplane as well as the uncertainties linked to its orientation. Another factor would involve the altitude of the airplanes as this affects the angle of the sun. This paper presents a preliminary study on how to develop a GUI-based software, which can determine real time in-flight prayer times and the current Qiblat direction with additional features such as flight tracking system, universal time display, latitude/longitude display, ‘athan recital and Gregorian/Hijr calendar
|
Mobile prayer times and Qiblat direction using GPS
Isa, A.A.M. Zakaria, Z. Johar, F.M. Othman, A.F.
Fac. of Electron. & Comput. Eng., Univ. Teknikal Malaysia Melaka, Ayer Keroh;
This paper appears in: Applied Electromagnetics, 2007. APACE 2007. Asia-Pacific Conference on
Publication Date: 4-6 Dec. 2007
On page(s): 1-5
Location: Melaka,
ISBN: 978-1-4244-1434-5
INSPEC Accession Number: 10183772
Digital Object Identifier: 10.1109/APACE.2007.4603863
Current Version Published: 2008-08-22
|
 |
 |
 |
This paper presented the development an innovative system to determine the Prayer Times and the current digital Qiblat (Kapsilabah) direction in real time using Personal Digital Assistant (PDA)/ Pocket PC with built-in Global Positioning System (GPS). The GUI-based software has been developed to help users determine their current Prayer Times and Qiblat direction automatically even if they are on the move or in any type of vehicles such as in airplanes, ships, trains etc. The GPS receiver will capture information with regards to the userpsilas current location. This information will then be synchronized by this software in order for the whole system to be operated correctly. Therefore, the determination of the prayer times and the Qiblat direction is done by the system automatically, without the requirement to select the current location where it is a standard practice for the existing conventional systems. The idea behind this software is to assist Muslims by providing them with accurate information that can help in their daily duty. |
Oh ya, by the way, dulu Gegana rasa sistem GPS tu irritating. Gegana ni kan orang konservatif… tak berapa fancy dengan gadgets.. Tapi lepas intai2 sistem GPS Cik Mokhtar, adik ipar abah, engineer yang cool, Gegana rasa GPS ni best pulak. Paling comel bila dia zoom-out location sampai nampak bumi je… Cute lah!
Kepada Cik Ana sekeluarga yang akan pulang pada 26hb ni, Gegana doakan Cik Ana, Cik Matt, Anika dan Daniel selamat dalam perjalanan. Anda semua orang2 istimewa yang selalu Gegana ingati sewaktu di Tanah Suci. Semoga kita semua sentiasa ditetapkan dalam iman.