header image

Bukan Hitam Atau Putih

Posted by: gegana | July 9, 2009 |

Malam itu terlalu hening.

“Jadi, kira dia dah meninggal lah?” Suara pakcik ku memecah kesunyian. Terperanjat aku mendengar soalan itu. Bagaimanakah aku menentukan - ya, dia sudah tiada lagi. Memang, dia masih bernafas. Benar, jantungnya masih berdegup. Tapi, masih hidupkah dia? Semuanya terlalu sukar untuk ku katakan. Semuanya mesin.

Perlahan aku menarik nafas - mengumpul tenaga untuk menjawab. “Kita tak boleh kata dia ada lagi ke tak. Semua tu di tangan Allah. Kita tak tahu bila rohnya dipanggil pulang. Kematian bukan hitam atau putih. Kematian adalah suatu perjalanan. Kadangkala perjalanan tu panjang, kadangkala pendek. Ada yang perjalanannya mudah, ada juga yang susah. Sama-sama lah kita doakan dia mendapat perjalanan yang mudah. Mudah-mudahan dia tak terseksa.”

Pagi itu aku mendapat panggilan lagi. Dia sudah tidak respon terhadap mesin-mesin bantuan. Dia benar-benar sudah tiada lagi.

Tak tahu kenapa, tetapi aku berasa lega. Sekurang-kurangnya keluargaku tidak perlu saling berbalah, perlukah bantuan pernafasan diteruskan. Yang lebih penting lagi, tak perlu lah dia terseksa terlalu lama. Terseksa kah dia? Aku tidak tahu. Jika dia sebenarnya sudah tiada lagi, tentu lah dia tidak merasa terseksa. Cuma amalnya sahaja lah yang menentukan di daerah bahagia mana dia berada. Bukan kah begitu?

Ternyata, Dia Yang Maha Berkuasa berkeputusan untuk menghentikan semua kecelaruan ini.  

Andainya pilihan di tanganku, pasti aku memilih untuk melepaskan dia pergi. Bukan kerana aku kejam, atau kerana kematian itu ibarat asam dan garam dalam kehidupan ku. Tetapi, kerana aku percaya, kematian bukan milikku untuk ditentukan. Kematian juga bukan suatu titik noktah. Kematian adalah langkah pertama - ke alam yang lebih abadi.

under: Uncategorized

Leave a response -

Your response:

Categories