Baru semalam Gegana mengadu, i’m suffering from pathological admiration and pathological jealousy. Tak sangka hari ni Gegana dapat phonecall - untuk mengingatkan Gegana, there’s always two sides of a coin.
Ini kisah Diana, kawan lama Gegana waktu zaman U dulu. Dia memang sangat minat dengan surgery. Trait dia pun memang sesuai untuk jadi surgeon. Ikut perancangan, tahun ni dia nak amik MRCS - exam utk org yang nak lanjutkan pelajaran dalam bidang pembedahan.
Diana selalu cerita pada Gegana tentang Mr Dinesh, pakar di tempat dia bekerja. Mr Dinesh memang mentor yang bagus. Setiap Jumaat, lepas habis pembedahan, mesti dia ajar Diana macam2 skill. Gegana tanya juga, Mr Dinesh ajar semua orang ke? “Tak… dia ajar orang je…” Gegana tanya pulak, habis orang lain tak jealous ke?
Apalagi, Diana pun terus bercerita…
Diana sedar ada orang yang tak senang sebab dia seolah2 diberi lebih perhatian. Diana belum lagi join masters, tapi dah pun assist banyak major surgeries dan dah pun perform banyak juga surgeries dan procedures yang biasanya hanya dibuat oleh orang yang lebih senior. Bukan itu saja, bahkan Mr Dinesh belikan past MRCS questions untuk Diana. Mr Dinesh benar2 mahu Diana dapat belajar dengan baik dan dapat mengembangkan karier dengan mudah.
Tapi, bukan mudah menjadi anak emas. Kebelakangan ni, ada seorang lagi pakar di tempat yang sama yang selalu saja cari - mana Diana? Dia tak mahu Diana turut serta semasa sessi endoscopy Mr Dinesh. Bahkan, waktu mesyuarat pun dia tak suka kalau Diana duduk di sebelah Mr Dinesh. Mungkin dia fikir, Diana terlalu rapat dengan Mr Dinesh.
Mungkin Gegana seorang yang naif. Tapi, Gegana rasa tak adil macam tu. Sekilas pun Gegana dah dapat menelah, Diana adalah favourite Mr Dinesh. Gegana tahu, mesti Mr Dinesh nampak sesuatu dalam diri Diana. Tapi, tak adil kan kalau kita sekat peluang Diana untuk belajar?
Mungkin juga Gegana tak pandai mentafsir bila tiba bab man-women relationship. Tapi Diana yang Gegana kenal bukan lah seorang yang ‘menggedik’. Diana seorang yang bijak dalam soal hubungan sosial. Gegana tak layak untuk menilai Mr Dinesh. Tapi, setahu Gegana, Mr Dinesh pula dah pun berkeluarga. Anak sulung darjah 5. He is a happily married man.
Bertuahnya Diana sebab dapat mentor macam Mr Dinesh. Cemburu? Mestilah sesiapa pun akan cemburu dengan Diana. Tapi Gegana harap Diana takkan patah semangat untuk terus belajar rajin2.
Buat Diana, tak payah lah pikir sangat pasal orang lain. Yang penting, kita mesti pandai jaga diri. Lagipun, kita kerja ni pun bukan untuk siapa, tapi untuk Dia.
