header image

Bagai Buluh Ditiup Angin

Posted by: gegana | August 30, 2009 |

Someone dear to my heart posted this onto his wall.

Adakah PATRIOTIK = MENGIYAKAN SEMUA? Adakah orang yang memprotes dasar yang tidak menguntungkan rakyat serta menentang pemimpin yang korup petanda tidak patriotik jika dibandingkan dengan orang yang mengibarkan bendera percuma sambil tersengih bagaikan kerang busuk?

Bunyinya seperti dia sedang geram. Geram dengan anak bangsa yang baginya bersandiwara, bertopengkan patriotisma, kononnya cintakan negara. Cinta itu abstrak, macam lukisan warna-warni. Lain orang yang memandang, lainlah rupa dan maksudnya.

Tahun ini, kita meraikan 1 Malaysia. Apa maksud 1 Malaysia? Kelakar rasanya bila menonton klip tv, gambaran 1 Malaysia jadi cetek… Sekumpulan manusia berbilang bangsa terkinja2 menyanyi lagu yang sama sambil setiap seorang daripada mereka tidak langsung mendukung identiti unik bangsa mereka. (Tapi Gegana akui, Gegana pun suka lagu tu. Nice song, cuma presentation yang…)

Hei kawan, kita memang dicipta berbeza2. Let’s celebrate our differences… Perbezaan2 ini sepatutnya menjadikan kita suatu masyarakat yang kaya. Bagi Gegana, 1 Malaysia bererti biarpun kita secara zahirnya bebeza, kita tetap miliki semangat cintakan negara yang sama. 1 Malaysia sepatutnya adalah suatu wadah untuk menyemai sense of belonging.

Hari ini hari ulangtahun kemerdekaan. Syukurlah, kita dilahirkan di negara yang bebas merdeka. Pun begitu, Gegana rasa kesal, saban tahun, ada saja berita tentang muda mudi yang meraikan ‘kemerdekaan’ dengan aktiviti2 yang jijik, hina serta mencacatkan erti kemerdekaan. Wahai pemuda pemudi pewaris bangsa, kalau anda ada kelas tersendiri, kenapa buta dalam menilai kebebasan? Tak ada kelas langsung… Busuknya peradaban yang mereka agungkan.

Gegana fikir, kemerdekaan bererti kita membuat keputusan secara berdikari dan bertanggungjawab atas keputusan kita tu. Oleh sebab rasa tanggungjawab inilah, maka kita perlu membuat keputusan dengan bijak. Tersadung boleh, tapi jangan sampai terjatuh. Terjatuh tak mengapa, tapi jangan sampai tersungkur. Tapi kalau sudah tersurat untuk tersungkur, bangkitlah dengan gagah. Luka yang ada mesti diubat. Parut yang tinggal menjadi tanda supaya mesti selalu beringat2!

Ada sesuatu yang sering Gegana fikirkan. Seseorang yang tiada sebarang pegangan dan fahaman politik, kelihatannya seperti lalang meliuk lentok ditiup angin, tidak patriotikkah dia? Atau dia sebenarnya buluh yang ditiup angin? Seseorang yang punyai idea serong, menyanggah kata ramai, tidak patriotikkah dia? Atau dia sebenarnya pelakar revolusi? Apa kaedah terbaik untuk menyatakan rasa hati? Bagaimana kaedah agar kita dapat lebih saling memahami? Gegana harap Gegana takkan jadi saksi kepada peristiwa seperti 13 Mei atau Tragedi Natrah.

Gegana bangga dengan teman2 yang sentiasa berkorban demi kepentingan masyarakat. Sesungguhnya, pasti ada balasan untuk setiap titis keringat anda. Buat teman2, selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan tanah air kita. Terima kasih kepada moyang2, atuk2 dan nenek2 kita yang telah banyak berkorban dan berusaha. Jom kita raikan kemerdekaan dengan semangat patriotisma pada setiap hari!

under: Uncategorized

Leave a response -

Your response:

Categories