Hari yang indah!
Gegana rasa seronok sungguh hari ni. Balik kampung… mana mungkin Gegana tak rasa seronok. Bebarapa hari kebelakangan ni, kerja pun rasa dah tak boleh concentrate. Jasad saja di Kuala Terengganu, hati ni dah pun berada di Puchong!
Pagi tadi, penerbangan pulang pun terasa sangat menarik. Dah lama sebenarnya Gegana tak travel waktu siang. Selalunya, Gegana akan ambil penerbangan malam sebab nak maksimakan waktu berada di rumah. Maklumlah, selalunya Gegana takkan ambil cuti panjang2 sebab tak sampai hati kat kawan2 yang tinggal bekerja. Tapi, kali ni, selepas berkira2, Gegana memilih untuk penerbangan waktu siang sebab alhamdulillah, cuti Gegana yang panjang ini diluluskan. Lagipun, kalau boleh Gegana tak mahu malam Ramadhan dipersiakan.
Pagi tadi Gegana duduk di tepi sayap kapalterbang, atau lebih tepat lagi, di sebelah pintu kecemasan. Seronok sebab dapat duduk di tepi tingkap. Perjalanan dari pantai timur ke ibu kota memang menarik, terutama di kawasan Tasik Kenyir. Entah di mana daratan bermula, entah di mana langit berakhir. Macam jalinan seni tampak yang asing, tapi mesra.
Awan kumulus bergumpalan, macam gula2 kapas, diselangi oleh awan sirus yang halus dan ringan. Sesekali ada segumpalan awan yang terasing, nampak macam terbit daripada muka bumi. Nampak sunyi tapi indah. Dan uniknya, terasa seperti sedang meluncur di atas awanan salji. (Kenapa tiba2 timbul bab salji pulak ni? Gegana ni kalau bab berangan memang hebat lah…)
Air tasik kelihatan kehijauan, gunung ganang kelihatan membiru…. Dah lama tak nikmati pemandangan begini. Tiba2 the naughty girl inside me terfikir, macam mana kalau kapalterbang ni kena buat pendaratan kecemasan kat atas laut? Tentu seronok sebab boleh menggelungsur dari sayap kapalterbang. Mengarut kan? Gegana selalu ingatkan diri sendiri, ‘Dear me, sila berhati2 apabila membuat hajat… It might just come true…’
Kalau ada teman2 yang tak biasa naik kapalterbang dan rasa teruja nak cuba selepas baca post Gegana ni, Gegana nasihatkan silalah naik Airbus atau apa2 kapalterbang bersaiz besar. Ada sorang kawan Gegana yang pernah teruja nak cuba selepas terbaca post Gegana ‘terbang’. Sayangnya, dia terus serik nak naik kapalterbang lagi sebab kali pertama terbang, dia naik pesawat kecil di musim tengkujuh. Aduhai!
Dari Sepang, singgah sebentar di Zahafiz Shah Alam untuk mengambil barangan cenderahati dan mencuba saiz vest untuk dipakai di Tanah Suci nanti. Terasa macam sebelah kaki dah pun mula melangkah. Over-excited kah Gegana? Mungkin… tapi tak salah rasanya…
Sampai di rumah, berborak panjang dengan ibu. Entah apalah topik yang dibualkan. Padahal, setiap hari pun ibu tahu update aktiviti Gegana. Pelik lah orang perempuan ni. Semua benda nak cerita. Semua benda nak cakap. Mungkin saja nak cukupkan kuota jumlah perkataan yang perlu diungkapkan dalam sehari kot……
Tadi, waktu berbuka, seronok rasanya dapat makan semeja dengan semua ahli keluarga. Cuma Edi saja yang tiada sebab dia dapat undangan untuk show sepanjang Ramadhan ni. Lagi pula, tadi ibu buat nasi ayam - makanan yang cukup nostalgia dalam hidup Gegana. Sambil makan, abah tak habis2 mengusik Aufa, nampaknya dia pun akan menjadi seorang lagi ‘adik besar’ Gegana. Oh…. akhirnya diriku ini juga yang menjadi anak paling ‘kecil’…
Lepas makan, Belle pula bercerita mimpinya malam semalam. Heh, mimpi anda tidak tepat adinda ku. Apapun, dia akhirnya berjaya mencungkil sedikit sebanyak kisah hidup Gegana. Akak bukan nak berahsia… cuma malas nak bercerita tentang kisah2 yang tak pasti… Seperti biasa, Dila lebih banyak diam daripada bercerita - my mysterious sister….
Cakap pasal nostalgia, rasanya, suatu hari nanti, hari yang dilalui seperti hari ini lah yang akan menjadi nostalgia. Gegana mungkin tak dapat semua benda yang Gegana inginkan dalam hidup. Tapi, Gegana akan sentiasa simpan semua kenangan ni dalam lipatan memori. Sesungguhnya, ada suatu perasaan aneh dalam diri Gegana hari ini. Gegana tahu nama perasaan ni - ‘kebahagiaan’.
