header image

alhamdulillah

Posted by: gegana | September 4, 2009 | No Comment |

under: Uncategorized

Bagai Buluh Ditiup Angin

Posted by: gegana | August 30, 2009 | No Comment |

Someone dear to my heart posted this onto his wall.

Adakah PATRIOTIK = MENGIYAKAN SEMUA? Adakah orang yang memprotes dasar yang tidak menguntungkan rakyat serta menentang pemimpin yang korup petanda tidak patriotik jika dibandingkan dengan orang yang mengibarkan bendera percuma sambil tersengih bagaikan kerang busuk?

Bunyinya seperti dia sedang geram. Geram dengan anak bangsa yang baginya bersandiwara, bertopengkan patriotisma, kononnya cintakan negara. Cinta itu abstrak, macam lukisan warna-warni. Lain orang yang memandang, lainlah rupa dan maksudnya.

Tahun ini, kita meraikan 1 Malaysia. Apa maksud 1 Malaysia? Kelakar rasanya bila menonton klip tv, gambaran 1 Malaysia jadi cetek… Sekumpulan manusia berbilang bangsa terkinja2 menyanyi lagu yang sama sambil setiap seorang daripada mereka tidak langsung mendukung identiti unik bangsa mereka. (Tapi Gegana akui, Gegana pun suka lagu tu. Nice song, cuma presentation yang…)

Hei kawan, kita memang dicipta berbeza2. Let’s celebrate our differences… Perbezaan2 ini sepatutnya menjadikan kita suatu masyarakat yang kaya. Bagi Gegana, 1 Malaysia bererti biarpun kita secara zahirnya bebeza, kita tetap miliki semangat cintakan negara yang sama. 1 Malaysia sepatutnya adalah suatu wadah untuk menyemai sense of belonging.

Hari ini hari ulangtahun kemerdekaan. Syukurlah, kita dilahirkan di negara yang bebas merdeka. Pun begitu, Gegana rasa kesal, saban tahun, ada saja berita tentang muda mudi yang meraikan ‘kemerdekaan’ dengan aktiviti2 yang jijik, hina serta mencacatkan erti kemerdekaan. Wahai pemuda pemudi pewaris bangsa, kalau anda ada kelas tersendiri, kenapa buta dalam menilai kebebasan? Tak ada kelas langsung… Busuknya peradaban yang mereka agungkan.

Gegana fikir, kemerdekaan bererti kita membuat keputusan secara berdikari dan bertanggungjawab atas keputusan kita tu. Oleh sebab rasa tanggungjawab inilah, maka kita perlu membuat keputusan dengan bijak. Tersadung boleh, tapi jangan sampai terjatuh. Terjatuh tak mengapa, tapi jangan sampai tersungkur. Tapi kalau sudah tersurat untuk tersungkur, bangkitlah dengan gagah. Luka yang ada mesti diubat. Parut yang tinggal menjadi tanda supaya mesti selalu beringat2!

Ada sesuatu yang sering Gegana fikirkan. Seseorang yang tiada sebarang pegangan dan fahaman politik, kelihatannya seperti lalang meliuk lentok ditiup angin, tidak patriotikkah dia? Atau dia sebenarnya buluh yang ditiup angin? Seseorang yang punyai idea serong, menyanggah kata ramai, tidak patriotikkah dia? Atau dia sebenarnya pelakar revolusi? Apa kaedah terbaik untuk menyatakan rasa hati? Bagaimana kaedah agar kita dapat lebih saling memahami? Gegana harap Gegana takkan jadi saksi kepada peristiwa seperti 13 Mei atau Tragedi Natrah.

Gegana bangga dengan teman2 yang sentiasa berkorban demi kepentingan masyarakat. Sesungguhnya, pasti ada balasan untuk setiap titis keringat anda. Buat teman2, selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan tanah air kita. Terima kasih kepada moyang2, atuk2 dan nenek2 kita yang telah banyak berkorban dan berusaha. Jom kita raikan kemerdekaan dengan semangat patriotisma pada setiap hari!

under: Uncategorized

Kepadamu Kekasih

Posted by: gegana | August 27, 2009 | No Comment |

KepadaMu Kekasih

Aku berserah

Kerana ku tahu Kau lebih mengerti

Apa yang terlukis di cermin wajahku ini

Apa yang tersirat di hati bersama amali

 

KepadaMu Kekasih

Aku bertanya

Apakah Kau akan menerimaku kembali

Atau harus menghitung lagi

Segala jasa dan bakti

Atau harus mencampakku ke sisi

Tanpa harga diri

 

Hanya padaMu Kekasih

Aku tinggalkan

Jawapan yang belum kutemukan

Yang bakal aku nantikan

Bila malam menjemputku lena beradu

 

KepadaMu Kekasih

Aku serahkan

Jiwa dan raga juga segalanya

Apakah kau akan menerima penyerahan ini

Apakah kau akan menerimaku

Dalam keadaan begini

 

Senikata: Eunosasah

Senilagu: M Nasir

under: Uncategorized

Marhaban ya Ramadhan

Posted by: gegana | August 20, 2009 | 4 Comments |

 mengharap peningkatan takwa,

pengukuhan iman,

keikhlasan ibadah,

dan kesempurnaan berpuasa,

di Ramadhan al-mubarak.

under: Uncategorized

Influenza A H1N1 vs Mankind

Posted by: gegana | August 13, 2009 | No Comment |

Influenza A H1N1. Sedap pulak nama virus ni. (Sedap jugak lah kalau nak dibandingkan dengan nama Selsema Babi.) Sekarang ni, setiap hari pun keluar berita tentang virus ni. Kira macam killer celebrity lah… Awal2 dulu, berita untuk bagitahu, baru alert level 5… kemudian berita untuk bagitahu, kita masih tiada kes tempatan… kemudian berita untuk bagitahu, setakat ini tiada kematian… Nampak sangat nak pujuk hati sendiri aka in denial mode. Gegana nak tunggu, ni dah banyak kematian, apa pulak agaknya tema berita lepas ni.

Sekarang ni, sibuk pulak dengan isu garis panduan untuk penutupan sekolah. Dah sampai kat peringkat ni, Gegana tak nampak kat mana efektifnya tutup sekolah dalam membendung penularan H1N1. OK, katalah minggu ni tutup sekolah sebab ada kes positif, minggu depan buka sekolah balik. Lepas tu ada pulak student lain yang infected, kena tutup sekolah lagi ke? Lepas tu? Yang tambah pelik, di saat yang health conscious jadi sangat2 anxious, ada juga yang health unconscious, angkut anak2 kecil untuk turut sama bersesak2 di shopping complex dan tapak2 karnival. Pelik - tapi benar.

Gegana rasa, tak adil kalau kita menghentikan segala aktiviti yang berkaitan dengan kelestarian dan kemandirian peradaban manusia semata2 kerana ada organisma lain yang sedang menguji kekebalan kita. Ini suatu perang lah kawan2… Ayuh tempur!!! Buat teman2 yang berkhidmat sebagai tentera barisan hadapan, harap anda semua akan dapat terus bersabar dengan segala karenah pesakit. Sesungguhnya, mereka bersikap begitu kerana rasa takut. Sesungguhnya, mereka tidak tahu….

Tiba2 teringat waktu zaman belajar epidemiologi dulu. Belajar tentang penyakit serta vektor.

“The concept is easy. If the disease is brought about by mosquitoes - kill the mosquitoes. If it is brought about by birds - kill the birds. If it is brought about by human?”

“Kill the man… hahahah…..” Kawan2 Gegana di med school dulu memang boleh tahan nakal - agak cool juga kadang2 tuh. Entahlah, kadang2 Gegana rasa memang bidang perubatan ni buat kita jadi cold hearted sikit. Hik!

Gegana fikir, ada sesuatu yang patut kita contohi daripada sifat virus ni. Kecil, tapi signifikan. Di saat badak, gajah dan tenuk makin merayu simpati alam untuk membenteng kepupusan, virus ini tetap juga bertahan sebagai makhluk yang kebal. Dah berabad2 lamanya, tapi sentiasa dapat menyesuaikan diri dengan keadaan untuk meneruskan survival mereka. Biarlah antigenic shift mahupun antigenic drift, mereka tetap juga punyai jati diri yang sama - virus influenza.

Bagi Gegana, pandemik ini sebenarnya adalah suatu kind reminder, betapa kerdil dan lemahnya kita. Bayangkanlah, makhluk yang sebegitu halus pun mampu mengocak dinamik kehidupan manusia.

Buat teman2 yang ada flu-like illness, minum air banyak2… jangan susah2 hati… buat macam biasa je… My dear blog-hoppers pun bukannya budak2 kecik lagi. Kalau ada rezeki, Insya-Allah, nanti kita dapat lah develop active immmunity sebagai bekalan hari tua. Lagipun, virus ni memang suka kat orang yang susah hati sebab badan diorang jadi lemah. Ingat, kita mesti kuat. Ini adalah perang jangka panjang. Ini adalah perang yang kita tak boleh kalah!

under: Uncategorized

Smalltalk - A Peek Into My Life

Posted by: gegana | August 9, 2009 | 1 Comment |

This post is dearly dedicated to enda - simply because I know you’ll like it.

Gegana: Ibu… ngantuk… tapi kerja tak siap lagi. Esok ada medical retina clinic, tak siap lagi…

Ibu: Dah ngantuk tu, tido je lah.

Gegana: Tak boleh… nanti keje tak siap. Ibu tengah buat apa tu?

Ibu: Tengah tengok tv dengan abah. Ibu dah bayar dah hutang kat abah. Abah bagi diskaun.

Gegana: Bayar dah? Alamak! Belum bayar hutang lagi! Berapa abah bagi diskaun?

Ibu: Hoi… hoi… hutang mesti mau bayar ha… Mana boleh pegi haji tak bayar hutang? Mana boleh bagi tahu abah bagi diskaun berapa. Nanti ada orang mintak diskaun jugak.

Gegana: Ha’ah ek… Itu kira abah bagi nafkah kat ibu lah.. Eh! Tapi abah kena bagi la diskaun jugak apa… Kira nafkah jugak apa… Kan belum kahwin?

Ibu: Siapa suruh tak kahwin? Ibu hari2 doakan supaya dapat jodoh. Tapi tuan punya badan sendiri taknak doa mintak jodoh. Rupanya, ibu doa2 tapi dia tolak balik. Macamana doa ibu nak mustajab? Itulah… dulu kat Jabal Rahmah, orang lain doa, dia sombong; sibuk naik unta. Kat Muzdalifah pulak, sibuk naik kuda. Ibu tengok orang lain tu elok… je anak2 diorang. Takde pun nak naik2 apa2. Ini, ibu sampai risau. Ikut…lah Pak Arab tu ke sini, ke sana; takut dia larikan anak ibu.

Gegana: Alah ibu, masa tu belum bersedia lagi. Masa tu mana lah terfikir nak kahwin ke… apa ke… Lagi pun bukan senang nak dapat naik unta. Kuda pun, masa tu mana lah biasa tengok. Lagi pun, Pak Arab tu lari sebab la yang suruh. ‘Hayya… hayya… bissur’ah… ila ummi…’ Tak best lah naik kuda jalan… je.

Ibu: Iya lah tu. Heran agaknya Pak Arab tu tengok orang ni. Pakai jubah, naik kuda. Dah la kaler jubah ngan kaler kuda sedondon… je. Ibu tengok orang lain lagi lah bawak anak lelaki, takde pun nak naik2 kuda tu.

(Tiba-tiba terdengar suara abah gelak kat belakang. Mungkin menggelakkan ibu yang sedang deviate laterally.)

Gegana: Nanti lah… Pegi Arafah lagi sekali nanti la doa. Ibu, dah hilang dah ngantuk ni. Dah boleh sambung keje. (Seperti biasa, Gegana dengan cekapnya mengelak topik ini.)

Ibu: Ye lah… nanti… nanti… Hah, lain kali kalau ngantuk lagi, telefon ibu.

under: Uncategorized

Grandfather’s Clock

Posted by: gegana | August 6, 2009 | No Comment |

Dah lama Gegana suka lagu ni. Waktu kecik2 dulu suka sebab melodi dia menarik. Tapi, bila dah besar pun tetap suka, sebab suka kat lirik dia.

Secara zahirnya, memang lagu ni cerita pasal jam bandul aje. Sesiapa yang pernah miliki jam ni yang original pasti tahu, jam ni kena sentiasa ada orang yang pulaskan kunci dia. Kalau tidak nanti dia tak jalan. Mudah. Takde apa2 pun yang menarik.

Tapi, kalau dengar baik2, lagu ni sebenarnya menggambarkan kerinduan kita pada orang yang dah pun tiada lagi.  Somehow, life is never the same again.

Kali ni, Gegana tak mahu bercerita panjang2. Let the song tell its story.

 

under: Uncategorized

Aduh!

Posted by: gegana | July 31, 2009 | 3 Comments |

Aduh! Sesaknya rasa dalam dada. Rasa ruang untuk bernafas makin sempit. Tapi, tak dapat pula nak diluahkan. Marah. Rasa dibuli. Bila mengadu, tak siapa yang ambil peduli. Maka, juga rasa tak disayangi. Akhirnya, rasa geram terus saja bersempit2 dalam ruang hati yang kecil ini.

Gegana faham. Itulah perasaan orang yang susah nak ekspresikan rasa hati mereka yang sebenar. Tengah marah pun, orang fikir kita nampak comel. Aduhai….

Ada antara kita yang telah dibiasakan dengan fahaman bahawa marah, benci serta geram adalah perasaan2 yang ‘jahat’. Bukan mudah menjadi orang ‘baik’. Selalunya, orang2 ‘baik’ ini akan diambil kesempatan. Entah kenapa, orang mudah lupa bahawa orang2 ‘baik’ juga punyai perasaan.

Gegana pun selalu ada masalah nak luahkan rasa hati. Gegana sebenarnya bukanlah orang yang layak untuk bicara soal ini. Tapi, adakala, kita perlu ingatkan mereka, ‘Hei, jangan pijak sayalah!’ Lagipun, lembut bukan bererti lemah! Hope u’ll be strong my dear. And I really mean it - Be Strong!

Kalau di laut, dicampakkan.

Kalau di gaung, dihumbankan.

Sakit terlihat siapa nak ubat?

Sakit dihati balut sendiri.

Tak pandai berenang, perut jadi pelampung.

Tak pandai mendaki, tangan jadi takal.

Bila sudah di lapangan landai,

Jeling2 lah saya disini.

Tak minta pun sekalung bunga,

Cukuplah jangan dibanting lagi.

Luka dulu masih bernanah,

Tolonglah jangan disimbah garam.

Hati ini ikhlas memberi,

Harap ikhlas jua tuan terima.

under: Uncategorized

Sepatu Cinderlela

Posted by: gegana | July 27, 2009 | No Comment |

Sepasang kasut seramik. Comelnya hadiah tanda mata majlis persandingan Dila dan Iqbal - kawan2 lama Gegana waktu zaman matriks di Pongsu Seribu. Alhamdulillah, akhirnya mereka melangkah jua ke jinjang pelamin. Rasa terkilan juga sebab Gegana tak dapat hadir. Mujurlah ada ibu dan abah untuk sampaikan salam dan doa Gegana.

Tapi, kenapa kasut ya, Dila? Kata ibu, itu suatu simbolik alam perkahwinan. Kasut mestilah sentiasa sepasang, sentiasa seiring. Kalau tinggi, sama tinggi; kalau rendah, sama rendah. Kalau pakai kaki palsu pun kena ada kasut yang sama dengan kaki yang asli. Barulah dapat saling melengkapi.

Itu perkahwinan zaman ibu. Bergaduh nak tentukan nak tinggal di mana pasca perkahwinan serta berkorban menamatkan zaman karier. Sekarang, zaman dah berubah. Isteri pegawai di sini, suami eksekutif di sana. Hairan juga Gegana tengok kawan2 Gegana. Tak nampak pun apa bezanya berkahwin dengan hidup membujang.

Bagi Gegana, perkahwinan sepatutnya lebih dari itu. Kalau boleh, biarlah kita menjadi insan yang lebih baik. Saling menyayangi, saling melindungi, saling memimpin. Kalau dulu selipar jepun, sekarang biarlah jadi capal kalau tidak pun menjadi kasut. Kalau seorang di utara, seorang di selatan, boleh tercapai kah matlamat perkahwinan?

Nak buat macam mana… ini realiti kehidupan zaman ini. Mungkin juga ini suatu ujian, juga suatu pengorbanan. Kalau tak pakai kasut pun tak boleh juga, kan? Kaki lebih mudah terluka. Cacing pun lebih mudah nak masuk dalam badan. Kasut kan sepatutnya suatu perlindungan.

Kalau pilih kasut, Gegana suka flat shoes dan ballerina shoes. Senang nak jalan. Kadang2, court shoes pun nampak menarik juga. Syarat wajib ada; depannya mesti lebar, tapaknya mesti tak licin. Special feature; simple, senyap dan ada reben. Kalau in my favourite colour, lagi lah Gegana suka. Masalahnya, semenjak dua menjak ni, Gegana suka warna putih dan cream. Makanya, asyik beli kasut mudah-comot je. Susah sebenarnya nak cari kasut macam yang Gegana betul2 suka. Gegana tak kisah pakai kasut yang murah, asalkan rasa selesa bila dipakai.

Beberapa minggu yang lalu, sorang kawan Gegana cakap, “Last2, semua orang yang saya kenal pakai kasut macam yang awak pakai.” Entah kenapa, bunyinya  macam statement yang ada hidden meaning. (You’re fine just the way u are. In the end, they’d all want to be just like u.) Mungkin Gegana yang fikir lebih2 kot… Gegana, wake up… Hei, ini kisah Sepatu Cinderlela lah… Bukan kisah Cinderella glass slipper - pakai sebelah, sebelah lagi gunanya untuk mengurat putera raja!

under: Uncategorized

Mentor

Posted by: gegana | July 17, 2009 | 2 Comments |

Baru semalam Gegana mengadu, i’m suffering from pathological admiration and pathological jealousy. Tak sangka hari ni Gegana dapat phonecall - untuk mengingatkan Gegana, there’s always two sides of a coin.

Ini kisah Diana, kawan lama Gegana waktu zaman U dulu. Dia memang sangat minat dengan surgery. Trait dia pun memang sesuai untuk jadi surgeon. Ikut perancangan, tahun ni dia nak amik MRCS - exam utk org yang nak lanjutkan pelajaran dalam bidang pembedahan.

Diana selalu cerita pada Gegana tentang Mr Dinesh, pakar di tempat dia bekerja. Mr Dinesh memang mentor yang bagus. Setiap Jumaat, lepas habis pembedahan, mesti dia ajar Diana macam2 skill. Gegana tanya juga, Mr Dinesh ajar semua orang ke? “Tak… dia ajar orang je…” Gegana tanya pulak, habis orang lain tak jealous ke?

Apalagi, Diana pun terus bercerita…

Diana sedar ada orang yang tak senang sebab dia seolah2 diberi lebih perhatian. Diana belum lagi join masters, tapi dah pun assist banyak major surgeries dan dah pun perform banyak juga surgeries dan procedures yang biasanya hanya dibuat oleh orang yang lebih senior. Bukan itu saja, bahkan Mr Dinesh belikan past MRCS questions untuk Diana. Mr Dinesh benar2 mahu Diana dapat belajar dengan baik dan dapat mengembangkan karier dengan mudah.

Tapi, bukan mudah menjadi anak emas. Kebelakangan ni, ada seorang lagi pakar di tempat yang sama yang selalu saja cari - mana Diana? Dia tak mahu Diana turut serta semasa sessi endoscopy Mr Dinesh. Bahkan, waktu mesyuarat pun dia tak suka kalau Diana duduk di sebelah Mr Dinesh. Mungkin dia fikir, Diana terlalu rapat dengan Mr Dinesh.

Mungkin Gegana seorang yang naif. Tapi, Gegana rasa tak adil macam tu. Sekilas pun Gegana dah dapat menelah, Diana adalah favourite Mr Dinesh. Gegana tahu, mesti Mr Dinesh nampak sesuatu dalam diri Diana. Tapi, tak adil kan kalau kita sekat peluang Diana untuk belajar?

Mungkin juga Gegana tak pandai mentafsir bila tiba bab man-women relationship. Tapi Diana yang Gegana kenal bukan lah seorang yang ‘menggedik’. Diana seorang yang bijak dalam soal hubungan sosial. Gegana tak layak untuk menilai Mr Dinesh. Tapi, setahu Gegana, Mr Dinesh pula dah pun berkeluarga. Anak sulung darjah 5. He is a happily married man.

Bertuahnya Diana sebab dapat mentor macam Mr Dinesh. Cemburu? Mestilah sesiapa pun akan cemburu dengan Diana. Tapi Gegana harap Diana takkan patah semangat untuk terus belajar rajin2.

Buat Diana, tak payah lah pikir sangat pasal orang lain. Yang penting, kita mesti pandai jaga diri. Lagipun, kita kerja ni pun bukan untuk siapa, tapi untuk Dia.

under: Uncategorized

« Newer Posts - Older Posts »

Categories